Home Artikel PAS Wilayah

Sikap Toleransi Beragama Ditunjukkan PAS Dikagumi

119 views
SHARE

BATU, 19 April – “Masyarakat kaum India jangan risau. Boleh terus menganut dan mengamalkan ajaran agama Hindu. Saya dengan agama saya, Islam; tuan-tuan dengan agama tuan-tuan, Hindu. Apa yang penting, kita hidup harmoni dengan saling hormat- menghormati antara satu sama lain”, jelas Ustaz Azhar Yahya, YDP PAS Kawasan Batu ketika bersarapan di Kampung Kovil Utara pagi ini.

Tambah Ustaz Azhar lagi, Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS telah membuktikan perkara ini. Kata beliau, “Penganut Buddha di Kelantan sangat bertuah. Mereka mempunyai patung Buddha terbesar di Asia Tenggara”.

Ucapan Ustaz Azhar itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh kaum India di sini yang kebanyakannya orang muda.

Pada sesi tersebut seorang hadirin memaklumkan, beberapa hari lalu terdapat sebuah parti berkempen di sini menyeru supaya para pengundi menolak parti ‘tok lebai’ kerana menurut mereka parti ‘tok lebai’ adalah ancaman kepada kebebasan beragama terutamanya kepada penganut agama Hindu.

Jelas lelaki itu, “Selepas mendengar ucapan ustaz, baru saya faham dan yakin rupanya lagi lebai parti itu, lagi selamatlah kami penganut agama Hindu”.

Lelaki India itu turut memuji kemesraan yang ditunjukkan oleh Ustaz Azhar Yahya yang turut menikmati teh tarik di warung miliknya itu. Ustaz Azhar merupakan anak jati Batu yang bersekolah di La Salle Sentul dan biasa bergaul dengan pelbagai kaum terutamanya masyarakat India.