Home Naib Presiden 1

PAS Pecah Belah Pembangkang?

593 views
SHARE

Apabila PAS hendak bertanding 160 kerusi bersama Gagasan Sejahtera di dalam PRU 14, maka PAS dituduh memecah belah undi pembangkang. Cuma hendak ingat balik kepada puak PH antara parti PAS dengan komponen PH siapa yang ditubuhkan dahulu.

Mengikut sejarah, tarikh penubuhan PAS ialah 24 November 1951, DAP 18 Mac 1966, PKR pada 4 April 1999, PAN pada 16 September 2015 dan Peribumi Bersatu 8 September 2016. Siapa dulu?

13 kali PRU, PAS bertanding melawan Umno BN dulunya Umno Perikatan sebanyak 12 kali, kecuali 1974 kerana PAS bersama dengan BN. PRU pertama 1955, PAS letak calon seramai 8 kerusi, menang satu kerusi melalui Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin.di Parlimen Kerian. Waktu itu sebahagian besar yang memimpin PH, berpeluk erat dengan Umno, memfaraid harta negara, setelah kenyang tetapi hendak lagi. Apabila permintaan tidak dapat, maka tubuh parti lain. Almaklumlah biasa makan daging, tiba-tiba makan ikan sepat kering mangamuklah.

Apa yang dilakukan oleh kepimpinan Umno pada hari ini adalah hasil didikan orang terdahulu. Bukan senang hendak meninggal tabiat buruk yang diajar dahulu. Sebab itu ilmu jahat jangan dijar, nanti makan tuan.

Terpulanglah, hendak tubuh parti baru apabila kecewa. Itu hak demokrasi. Cuma yang peliknya apabila PAS tidak mahu bersama PH, maka dituduh memecah belah pembangkang. Manakah laungan kebebasan bersuara dan berpolitik yang sering dilaungkan.? Berilah peluang kepada PAS untuk menyuburkan demokrasi di negara ini.

Pada mereka apa sahaja arahan dan strategi mereka adalah WAJIB diikuti. Kalau tidak ikut dianggap belot dan pengkianat. Kalau inilah watak dan pembawaan yang dibawa, kalau perintah negara jahanam dan akan musnah demokrasi. Tidak memerintah pun sudah tunjuk belang.

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
19/4/18