Home Artikel PAS Wilayah

Sifar Rasuah Adalah Nilai Tertinggi Manifesto Malaysia Sejahtera

178 views
SHARE

SIFAR RASUAH ADALAH NILAI TERTINGGI MANIFESTO MALAYSIA SEJAHTERA

Oleh :
Ustaz Azhar bin Yahya
YDP PAS Kawasan Batu

Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS telah terbukti sebagai bersih dan bebas dari rasuah. Pengiktirafan ini diberi oleh badan induk yang bertanggungjawab terhadap jenayah kolar putih terutama dalam kalangan penjawat awam iaitu SPRM.

Isu rasuah dan korupsi menjadi isu utama yang dibincangkan sama ada di peringkat Parlimen mahupun menjadi bualan rakyat di kedai kopi. Sememangnya isu ini sangat membimbangkan apatah lagi pendedahan yang menunjukkan keterlibatan ahli-ahli politik dalam jenayah ini semakin membarah.

PAS mendepani cabaran ini dengan penuh yakin dan iltizam bahawa hanyasanya Islam sebagai penyelamat dan penyelesaian.

Memahami situasi ini, PAS bersama Gagasan Sejahtera meletakkan salah satu polisi penting dalam manifestonya iaitu “pembentukan sebuah kerajaan berintegriti dan beramanah serta bebas daripada korupsi”.

Tidak cukup dengan itu, agenda memastikan pentadbiran kerajaan bebas daripada rasuah ditekankan dalam 20 Tawaran Utama Manifesto Malaysia Sejahtera.

Ini sekaligus menggambarkan keseriusan dan keazaman yang tinggi untuk meneruskan legasi cemerlang Kerajaan Negeri Kelantan yang bebas dan bersih rasuah di samping memastikan kerajaan yang bakal diterajui kelak juga bebas dan bersih daripada jenayah kolar putih.

Formulanya mudah, sesuatu jenayah boleh dicegah dengan memberikan hukuman yang lebih berat kepada pesalah. Namun, tiada cegah rintang (deterrence) yang lebih berkesan selain penghayatan yang mendalam terhadap konsep ihsan yang dianjurkan oleh Islam.

“Hiduplah kamu seperti kamu melihatNya, jika kamu tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia sentiasa melihatmu”.

Inilah rahsia besar yang kini bukan lagi suatu rahsia. Ia menjadi jambatan yang utuh bagi Kerajaan Negeri Kelantan selama ini yang diterjemahkan melalui prinsip ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan.

Maka, pilihan di tangan anda. Mari kita ke arah membentuk Malaysia yang Sejahtera tanpa rasuah.

”Kita Sejahtera Bersama”

”Sejahtera Bersama Islam”