Home Berita PAS Melaka

Sidang Parlimen – Lurus bendul vs terang hati – PJ PAS Melaka

317
SHARE

NUKILAN SENJA MALAM

SEMUA ini berpunca daripada kenyataan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) agar sidang Parlimen perlu disegerakan.

YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang & Parlimen) bingkas menerangkan ucapan YDPA adalah bersifat subjektif bukannya spesifik.

Justeru, mafhumnya bukan mesti perlu Parlimen bersidang minggu ini atau bulan depan sebab Malaysia terikat dengan peraturan-peraturan seperti darurat dan sebagainya. Itu cara orang undang-undang faham dan semestinya lawyer ini memang selalu dirujuk apabila kita sukar memahami perkara berkait undang-undang.

Maka untuk mengadakan sesuatu persidangan Parlimen semestinya ia berhubung kait dengan soal undang-undang, sebab itu portfolio beliau jaga undang-undang dan Parlimen.

Jadi apa masalahnya dengan tafsiran yang telah beliau berikan? Bukan bersifat kepentingan politik kepartian seperti yang didakwa. Kalau nak ikutkan kepentingan politik, rakyat pun boleh dakwa pihak yang berwirid nak bersidang itu pun ada kepentingan politik mereka.

Tidak mengapalah kita tinggalkan dulu propaganda tersebut. Cuma di sini saya hendak berkongsi rasa pelik dan ajaib adalah yang ‘lurus bendul wal bahalul’ menafsirkan maksud SEGERA dalam titah YDPA itu mesti bersidang Parlimen esok atau minggu depan walau pun darurat masih berjalan dan mangsa Covid-19 masih ribuan setiap hari.

Golongan ini bolehlah kita anggap sebagai ‘gopoh, gelojoh dan kebulur kuasa’. Ada pula yang cuba mengapi-apikan dan tunjuk pandai siap buat laporan polis terhadap menteri terbabit kononnya menderhakai YDPA.

Ingin saya nasihatkan di sini… tolong ‘simpanlah sikit bodoh tu untuk masa depan anda’. Jadi batu api ni tak untung apa pun.

Nabi saw berpesan :
لا يدخل الجنة النمام

“Tidak masuk syurga orang yang jadi batu api”

Peribahasa Melayu ada mengatakan :

“Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”.

Sejarah yang banyak menderhakai YDPA ni adalah datang dari kelompok Pakatan Harapan (PH).

Saya harap ‘mazhab Jajaran Baharu’ pun jangan terjerat sama dek kerana gelojoh nak berkuasa. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Menang jadi abu, kalah jadi arang.

Coretan dinihari:

DATUK USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka
Jumaat – 18 Jun 2021 – 10.05pm