Home Berita PAS Selangor

Sidang Dewan Selangor : Projek Perumahan Rakyat (PPR)

1046
SHARE

KENYATAAN AKHBAR 

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATUK HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN (KOTA DAMANSARA) BAGI SOALAN NO. 36 PADA 7 NOVEMBER 2017. 

PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

a) Untuk makluman Yang Berhormat, di Negeri Selangor terdapat 4 Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diuruskan oleh agensi-agensi berikut:

Bil. Projek Lokasi Bil. Unit Agensi
1. PPR Kg. Baru Hicom Seksyen 26, Shah Alam 980 PHSSB
2. PPR Taman Tasik Teratai Serendah, Hulu Selangor 300 PHSSB
3. PPR Kota Damansara Kota Damansara 1152 PHSSB
4. PPR Lembah Subang 1 Petaling Jaya 3004 MBPJ
Jumlah 5436

b) Untuk makluman Yang Berhormat, bagi PPR Kg. Baru Hicom, PPR Taman Tasik Teratai dan PPR Kota Damansara ianya diuruskan oleh agensi Kerajaan Negeri iaitu anak syarikat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB).

PHSSB bertanggungjawab menguruskan kemasukan penyewa dan kutipan sewa di PPR tersebut serta melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan di PPR tersebut.

Manakala bagi PPR Lembah Subang 1, ianya diuruskan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi kemasukan penyewa dan kutipan sewa serta melaksanakan kerja-kerja pembersihan bangunan di PPR tersebut.

Semenjak Kerajaan Negeri diberi tanggungjawab dalam pengurusan PPR tersebut, tidak terdapat Standard Operating Procedure  (SOP) yang jelas dalam menetapkan bidang kuasa masing-masing.

Ketika itu, Kerajaan Negeri telah pun menerima tanggungjawab pengurusan penyenggaraan PPR demi menjaga kepentingan rakyat walaupun tapak pembangunan PPR Lembah Subang 1 dan PPR Taman Tasik Teratai adalah kepunyaan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Ianya diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk urusan penyewaan dan penyenggaraan melaui kutipan sewa. Walau bagaimanapun, kutipan sewaan untuk kedua-dua PPR ini ialah dalam lingkungan 45% sahaja dan ini telah menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa membelanjakan peruntukan tambahan.

Bagi PPR Lembah Subang 1, Kerajaan Negeri melalui MBPJ telah membelanjakan lebih RM60 juta. Manakala PPR Taman Tasik Teratai, semenjak diambil alih oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. didapati kutipan dalam lingkungan 98%.

Dengan kutipan sebegitu pun, pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor masih perlu mengeluarkan peruntukan tambahan dengan anggaran melebihi RM130,000.00 setahun untuk pembaikan, pembersihan, keselamatan dan sebagainya.

Sewajarnya Kerajaan Persekutuan membiayai kos-kos pembaikan kerosakan di kedua-dua PPR tersebut memandangkan mereka adalah pemilik sementara Kerajaan Negeri bertanggungjawab dalam menguruskan kos penyenggaraan seperti pembersihan, pembaikan kecil dan keselamatan. 

Y.B. Dato’ Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor

7 November 2017