Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

#Seremban | Pemuda PAS Ucap Takziah Atas Kes Pembunuhan

1014
SHARE

Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban mengucapkan salam takziah buat keluarga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh, Allahyarham Norhaidi Mat Yusop atas permergian ahli keluarga mereka.

Kami difahamkan melalui laporan akhbar bahawa Allahyarham telah ditikam selepas berlaku pergaduhan dengan salah seorang ahli keluarga beliau.

Kami berharap agar pihak keluarga Allahyarham dipermudahkan segala urusan selepas ini dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan menghadapinya dalam keadaan tabah dan sabar.

Semoga Allahyarham Norhaidi Mat Yusop ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

KHAIRUL YAZMAN YAHAYA,
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban.