Kenyataan Media Berkenaan Projek Penggantian Paip Lama Sempena Sidang Dewan Negeri Selangor Ketiga Penggal Kelima Kali Ketiga Belas 2017
Status terkini projek penggantian paip lama di Selangor adalah sebanyak 23 projek hotspots sedang berjalan semenjak tahun 2016 dan dijangka siap pada suku tahun pertama 2018.
Bagi tahun 2017, sehingga bulan September 2017, 24 projek hotspots baru telah dianugerahkan kepada kontraktor yang berjaya sementara 10 projek hotspots lagi sedang dalam peringkat penganugerahan dan dijangkakan akan ditawarkan kepada kontraktor yang berjaya pada tahun ini juga. Kesemua 34 projek hotspots ini dijangkakan akan siap pada penghujung tahun 2018.
Baki 27 hotspots lagi akan dilaksanakan pada tahun 2018 tertakluk kepada baki pinjaman sebanyak RM93.70 juta dikeluarkan lebih awal oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2018 dan bukannya pada tahun 2019 seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Untuk makluman, NRW telah dapat dikurangkan daripada daripada 32.56% kepada 31.41% sehingga September 2017 seterusnya menunjukkan pengurangan sebanyak 1.15%.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi melaksanakan projek ini adalah RM374.3 Juta.
YB Tuan Haji Zaidy Bin Abdul Talib
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor
Dikeluarkan pada 6 November 2017 / 17 Safar 1439 H