Home Artikel PAS Selangor

Sidang Dewan Selangor : Projek Pencegahan Banjir

73 views
SHARE
YB Hj Zaidy Abd Talib sedang menjawab pertanyaan mulut.

Kenyataan Media Berkenaan Projek Pencegahan Banjir Sempena Sidang Dewan Negeri Selangor Ketiga Penggal Kelima Kali Ketiga Belas 2017

Jumlah peruntukkan yang telah dibelanjakan dalam Projek-projek Pencegahan Banjir di Daerah Klang dalam RMK-10 adalah sebanyak RM 21,593,925.33. Bagi RMK-11. perbelanjaan sebanyak RM 33,905,817.95 telah dibelanjakan.

Bagi perancangan masa depan di dalam mengatasi masalah banjir di Daerah Klang adalah dengan pelaksanaan projek dalam kajian Pelan Induk Saliran Bandar Klang (2009) yang telah dibuat oleh perunding yang dilantik oleh JPS Malaysia yang melibatkan beberapa skop kerja yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan. Mengikut Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), JPS akan melaksanakan projek-projek secara berperingkat.

YB Tuan Haji Zaidy Bin Abdul Talib
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani
Negeri Selangor

Dikeluarkan pada 6 November 2017 / 17 Safar 1439 H