Home Berita PAS Selangor

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM daripada DMPNS

959
SHARE


PERUTUSAN KHAS
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SELANGOR
7 November 2017 | 18 Safar 1439

“SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM”

Kami mengucapkan ‘ بالتوفيق والنجاح ‘ kepada semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang akan bermula pada hari ini.

Peperiksaan hanya ujian yang diterjemahkan di atas kertas, walaubagaimanapun cabaran kehidupan adalah lebih mencabar. Hanya insan yang mempunyai jati diri sahaja yang mampu membuat keputusan sama ada memilih kebaikan atau keburukan.

Berdoalah sebelum melangkah ke dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Kami mendoakan agar semua calon diberikan kejayaan yang cemerlang dan menjadi ikon modal insan berjaya pada masa akan datang.

USTAZAH HJH WAN HASRINA WAN HASSAN
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

#Pertegas Prinsip Perjuangan.
#Muslimat Memacu Kemenangan.
#Sejahtera Bersama Islam.