Home Kenyataan Media PAS Kelantan

Siaran media ECERDC

8
SHARE
Projek Laman Warisan Kampung Laut Fasa 1 Siap dan Pelajar empower ECER Lakar Keputusan SPM Cemerlang Walaupun Berdepan Pandemik
“Walaupun penutupan sempadan akibat pandemik telah memberi kesan terhadap usaha- usaha menarik kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI), Kelantan telah berjaya menarik Pelaburan Langsung Domestik (DDI) yang agak tinggi, dan ini telah memberi kesan positif terhadap pemulihan sosioekonomi negeri.
Pada tahun 2021, ECERDC telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM600 juta yang berpotensi untuk mewujudkan 1,836 pekerjaan baharu dan 660 peluang keusahawanan baharu di Kelantan. Pelaburan terbesar di Kelantan pada tahun ini ialah loji solar terapung terbesar di Asia Tenggara, yang terletak di Danau Tok Uban, Kelantan.
“Kelantan telah menarik DDI sewaktu pandemik dan ini menunjukkan keyakinan syarikat- syarikat tempatan terhadap daya saing negeri ini sebagai sebuah destinasi pelaburan. ECERDC akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Kelantan,” kata Encik Baidzawi.”