Home Berita PAS Selangor

Siapa benarkan Ronnie berada di Raub ? – Setiausaha BPPN Selangor

36
SHARE

May be an image of 2 people and people standing

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Artikel | Kenapa biadap dan bongkak sangat ADUN DAP Sg Pelek, Selangor ini Ronnie Liu? Bukankah pegawai polis dalam video ini sekadar menjalankan tugasnya?

Kesemua 18 pekebun durian di Raub, Pahang ini dibawa ke Mahkamah Raub untuk mendapatkan perintah reman untuk disiasat berhubung kes pencerobohan.

Isunya video ini memaparkan YB Ronnie ADUN Selangor yang bertelagah dengan pihak polis yang bertugas di Mahkamah Raub.

Bagaimana Ronnie boleh berada di sana? Beliau telah merentas daerah dan negeri untuk berada di Mahlamah Raub pagi tadi, siapakah yang memberi kebenaran?

Ronnie bukan peguam dan bukan pun ahli Parlimen atau ADUN di Pahang, apa perlu beliau berada di sana?

Ternyata beliau telah langgar PKPD dan perlu disiasat dan video ini buktinya.

Bayangkan kalau pemimpin Roket ini jadi kerajaan dan pemerintah!!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor