Home Berita PAS Selangor

Amal turut sama mendaftar sebagai sukarelawan PKRC – Pengurus Operasi KMN Selangor

47
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Tn Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

Serdang | Hari ini saya telah ambil kesempatan bersama beberapa anggota Amal Negeri Selangor dan Khidmat Malaysia Negeri Sembilan menyertai Taklimat Tugasan Sukarewalan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS Serdang petang tadi.

Buat pertama kalinya pihak PKRC membuka tugasan di PKRC MAEPS ini kepada orang awam untuk bersama membantu sebagai sukarelawan dibawah Volunteers for Community Engagement and Empowerment for CoVID-19 (VCEE19) – Agen Basmi Covid-19 Nasional NADMA di bawah Ketua Sukarelawan VCEE19 Tuan Hj Wan Halimi Wan Mohd Noor.

Saya dimaklumkan pertugas di PKRC kini memerlukan lebih ramai sukrelawan perubatan dan bukan perubatan bagi menampung keperluan tugasan yang ada di Pusat Kuarantin MAEPS ini yang bertambah apabila pertugas barisan hadapan kita juga ada yang diuji dengan pelbagai ujian di sana.

Pertambahan kes di lembah Klang juga menjadikan pusat kuarantin terbesar negara ini semakin meningkat walaupun hanya mengambil kes pesakit ringan pada tahap 1, 2 dan 3 sahaja dan selebihnya adalah kes kritikal yang akan di hantar ke hospital terpilih.

Pesakit di sini terdiri daripada pelbagai latar belakang baik golongan miskin, pertengahan mahupun berpendapat tinggi mereka diberi layanan yang sama, malah ada yang datang dari luar Selangor, pekerja asing dan dengan kepelbagaian bangsa dan peringkat umur daripada 2 tahun ke atas, ia sudah pasti akan memberi satu pengalaman yang baharu buat para sukarelawan kita kali ini.

Berhadapan dengan resiko virus Covid-19 itu sudah pasti, namun yang paling penting adalah bagaimana pertugas sukarelawan ini dapat mengawal tekanan mental serta emosi apabila berhadapan dengan pelbagai situasi disitu.

Mewakili kepimpinan Khidmat Malaysia Negeri Selangor saya ingin mengucapkan “Seeru ala Barakatillah”, Tahniah dan Syabas buat semua para sukarelawan yang tampil kehadpaan untuk menjadi sebahagian pertugas barisan hadapan negara. Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus membantu negara membasmi Covid-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor