Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 5 keluarga – JAMK Ampang

18
SHARE

May be an image of 1 person and standing

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Aktiviti Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) diteruskan lagi dengan mensasarkan penerima yang telah memohon dari luar kawasan Ampang. Dengan 5 penerima hari ini menjadikan jumlah yang dibantu setakat bulan Jun ini sebanyak 80 buah keluarga.

Serahan sumbangan bantuan telah disempurnakan oleh Komandan JAMKA Tuan Muhamad Afif dan Timbalan Komandan JAMKA Tuan Haji Mohamad Fadzil.

Penerima pertama seorang ibu tunggal bersama 3 orang anak yang masih kecil telah dihalau keluar daripada rumah sewanya di Flat Mesra Ria, Ampang. Akibat telah tertunggak melebihi 3 bulan dan beliau bernasib baik seorang jiran telah mengizinkan beliau untuk tinggal bersama sementara waktu. Menerima 1 kit bantuan makanan dan beberapa biskut dan coklat untuk anak beliau.

Penerima kedua seorang ibu tunggal yang baru sahaja kehilangan suami akibat kemalangan. Menyewa di Flat Pandan Mewah bersama ibu dan anak-anak serta seorang adik lelaki yang tidak lagi berkerja kerana telah diberhentikan. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima ketiga sepasang suami isteri bersama 5 orang anak dan menyewa di Pangsapuri Intan, Cheras. Keduanya telah kehilangan kerja akibat pandemik ini. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima keempat seorang ibu tunggal yang mencari pendapatan dengan berniaga dan tinggal di Taman Chempaka, Pandan telah terjejas terus. Demi menyara anak-anak yang tinggal bersama, beliau telah memohon bantuan. Menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima kelima seorang isteri yang merupakan suri rumah sepenuh masa yang masih dalam keadaan pantang anak kedua. Si suami yang telah kehilangan kerja telah berkerja sebagai penghantar makanan. Mereka menyewa di Flat Taman Dagang telah menerima 1 kit bantuan makanan

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan membantu mereka yang memerlukan boleh berbuat demikian ke akaun berikut :-

No Akaun : 8604437662
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor