Home Fastaqim

Si Cilik Comel Bergaya di Pentas Fastaqim

1538
SHARE

Si Cilik Comel Bergaya di Pentas Fastaqim

Pertandingan Pakaian Seragam adalah acara yang sangat dinantikan oleh para ibu dan anak masing–masing.

Para ibu nyata tidak sabar untuk menghiasi anak mereka dengan pakaian seragam yang dihasilkan sendiri. Anak-anak comel ini telah dipakaikan dengan pelbagai pakaian seragam persis seorang doktor, askar, juruterbang, guru, ustazah, ahli bomba dan pelbagai pakaian yang mencuri hati para penonton.

Para ibu ini seolah–olah tidak mahu kalah dengan menampilkan anak–anak lengkap dengan aksesori tambahan seperti kerongsang di lilitan ‘shawl’, kopiah ceria, songkok berhias dan topi ‘hipster’ untuk diperagakan oleh anak cilik mereka.

Telatah lucu anak–anak ini berjaya mencuit hati para juri dan para penonton yang menyaksikan pertandingan ini. Tidak kurang juga anak kecil yang menangis, melompat dan berlari ke sana-sini.

Dalam Islam ada meletakkan garis panduan untuk berhias agar tidak menjadi tabaruj. Didiklah anak–anak agar kenal dan suka dengan pakaian Sunnah Rasulullah S.A.W serta pakaikan mereka pakaian yang mengikut acuan Islam.

Semoga anak-anak kita menjadi individu yang soleh dan solehah serta menjadi qudwah hasanah kepada rakan sebaya mereka kelak.