Home Fastaqim

Satu Hati, Strategi dan Semangat Kunci Kejayaan

1473
SHARE

Satu Hati, Strategi dan Semangat Kunci Kejayaan

Pertandingan ‘Treasure Hunt’ yang berlangsung di tapak Sukan Pantai Fastaqim 2.0 melibatkan 16 kumpulan dan 5 ‘checkpoint’.

Setiap pasukan perlu melalui kesemua ‘checkpoint’ dan memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Setiap ‘checkpoint’ mempunyai objektif dan cabaran yang tersendiri serta perlu diselesaikan oleh setiap ahli kumpulan dengan sempurna.

Sukan ini memerlukan kerjasama yang padu daripada setiap pemain, malah perancangan yang teliti sebelum membuat keputusan dan semangat berpasukan perlu diterapkan sepanjang permainan ini berlangsung.

Tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan Aisyah Humaira’ (Geng Pantai Timur), tempat kedua milik kumpulan Hannah (Kedah Pulun Kedah) manakala tempat ketiga menjadi milik negeri tuan rumah iaitu kumpulan Mujahidah Hulu Selangor.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah menyertai pertandingan ini. Jadikan segala pengalaman yang diperoleh daripada setiap ‘checkpoint’ sebagai panduan dalam menghadapi kehidupan yang mendatang.

Sebarkan ilmu dan praktikkan amalan yang baik sepanjang masa serta buatlah perancangan sebelum bertindak. Anda mampu mengubahnya.