Home Fastaqim

Himpunan Terbesar Dalam Sejarah

2332
SHARE

Himpunan Terbesar Dalam Sejarah

Oleh: Aisyah Yamin

KUALA NERUS, 30 Sept – Membicarakan tentang Himpunan Fastaqim 2.0, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato Ustaz Husain Awang hari ini menyifatkan himpunan ini sebagai satu himpunan yang terbesar dalam sejarah.

“Ahli dan penyokong khususnya anak muda begitu ramai hadir pada hari ini sekaligus membuka peluang kepada kita untuk mempromosikan Terengganu kepda orang ramai,” katanya ketika mengulas berkenaan detik-detik kemenangan PAS di Terengganu dalam pilihanraya akan datang.

Beliau juga menyifatkan penyertaan ini sebagai penerimaan positif rakyat terhadap PAS memandangkan rata-rata rakyat memberikan kepercayaan kepada Parti Islam untuk mengambil semula kerajaan Negeri Terengganu .

“PAS Terengganu turut bersedia menerima mandat daripada kerajaan sekarang,” katanya ketika mengulas berkenaan salah tadbir kerajaan Negeri Terengganu hari ini.

Katanya juga, tindakan kerajaan untuk menurun taraf Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan merupakan satu tindakan yang tidak bijak kerana ianya melibatkan pelaburan jangka masa panjang.

Mengakhiri ucapan, beliau sekali lagi menegaskan kesungguhan untuk menawan semula negeri Terengganu meskipun bendera PAS dicabut, tapi keyakinan untuk memegang kembali kerajaan ini tidak akan berubah sama sekali.