Nama Penulis : Fitrah Herman
SHAH ALAM, 18 Oktober – Bakat semulajadi akan bersinar sejak dini, seperti yang telah ditunjukkan oleh Adik Azzahra Riduan, daripada Sriti Al-Mustaqim, Gombak, seorang qariah berusia 12 tahun.
Dalam penampilannya, adik Azzahra membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Ar-Ra’d, 13: 19 – 29.
Ayat-ayat ini membawa pesan yang mendalam tentang kekuasaan Allah dan pentingnya keimanan dalam diri.
Dengan suaranya yang merdu, Adik Azzahra menghadirkan kedamaian dan kekuatan dalam setiap hati-hati yang mendengar.
Adik Azzahra adalah Johan Marjan Amal Islami 2023 peringkat Negeri Selangor dan pemenang tempat ke 3 bagi Peringkat Kebangsaan.
Kita semua boleh belajar dari semangat dan dedikasinya dalam membaca Al-Quran setiap hari hasil didikan ayah bondanya. Mari kita mendoakan adik Azzahra agar terus istiqamah dalam kecintaannya pada Al-Quran dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.