Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Berkerusi Roda Bukan Penghalang Hadir ke Muktamar Dewan Muslimat PAS

45
SHARE

 

Shah Alam, 18 Okt – Pemerhati dalam keadaan berkerusi roda juga kelihatan tidak melepaskan peluang hadir ke Muktamar Dewan Muslimat PAS yang ke-63.

Seawal jam 6.30 petang, IDCC Shah Alam mula dibanjiri para perwakilan berpakaian hijau putih yang hadirnya dari seluruh Malaysia, bersiap sedia untuk bermuktamar selama 2 hari iaitu 18 – 19 Oktober 2023.

Kegahan dan keindahan dewan IDCC menaikkan lagi keceriaan para perwakilan yang mengambil peluang ini bagi mengeratkan ukhwah sesama sendiri.

Masing-masing turut bergambar di ruang ‘photobooth’ sekitar luar dewan IDCC ini sebagai kenangan.

Seperti Firman-Nya yang berbunyi :

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

(Surah Al-Hujurat :10)

Muktamar kali ini dengan membawa tema “Penyatuan Ummah, Menuju Kemenangan” memberikan signal pentingnya penyatuan Ummah di kalangan Muslimat PAS Malaysia.