SHOPPING RAYA – Program Agihan Sumbangan PAS Muar
MUAR – Menjelang tibanya bulan Syawal, PAS Kawasan Muar melalui kerjasama antara entiti Lajnah Kebajikan, JPrD Maharani, Skuad Prihatin Muar, AMEERAH Muar, Kumpulan Tazkirah Nur Rahman dan Al Iman Mart telah mengagihkan sumbangan kepada warga yang kurang berkemampuan.
Program ‘Shopping Raya 3.0’ pada 1 Jun yang lalu telah diadakan di Al Iman Mart yang terletak di Taman Seri Temenggong. Seramai 35 orang telah menerima sumbangan barangan keperluan beserta duit raya dengan nilai RM206 setiap seorang.
Sumbangan telah disampaikan oleh YDP Hj Abd Aziz Talib, TYDP Hj Cheman Yusoh, Ketua Muslimat Muar, Pengerusi Kumpulan Tazkirah Nur Rahman dan pengurus Al Iman Mart, Saiful Hisham Hamzah. Seramai 45 orang kanak-kanak yang hadir turut mendapat sumbangan duit raya.
Program yang diadakan untuk tahun ke tiga ini memilih Al Iman Mart sebagai menyahut seruan Kempen Sokong Produk Muslim.