Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Al Quran Surah al Waqiah Siri 28

75 views
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Al Quran ๐Ÿ““๐Ÿ““
Surah Al-Waqi’ah: Siri 28

Ayat: 90-91 : Gambaran Kehidupan Ashab Al-Yamin Selepas Kematian

๐Ÿ–‹ Firman Allah serta terjemahannya:

ูˆูŽุฃูŽู…ูŽู‘ุง ุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ู’ูŠูŽู…ููŠู†ู – ูฉู 

Dan jika ia dari puak kanan,

ููŽุณูŽู„ูŽุงู…ูŒ ู„ูŽูƒูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ู’ูŠูŽู…ููŠู† – ูฉูก

Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.

๐Ÿ“– Tafsir ringkas:

1. Seterusnya ayat menggambarkan kesudahan hidup golongan kedua pula iaitu golongan kanan, tatkala mereka sedang nazak para malaikat menyampaikan berita gembira kepada mereka dengan berkata, “Salaimun laka” !. Iaitu ucapan salam yang bermaksud: kamu dalam keadaan baik-baik saja dan selamat, kamu termasuk golongan kanan.

2. Alangkah indahnya menerima ucapan salam (selamat) di saat roh sudah menghampiri halqum. Saat itu, hatinya merasa tenang dan aman dengan jaminan keamanan yang akan datang bersama golongan kanan.

3. Qatadah dan Ibnu Zaid mengatakan bahawa makna yang dimaksud ialah para malaikat mengucapkan kepadanya, “Selamatlah kamu daripada azab Allah,” dan para malaikat mengucapkan salam penghormatan kepadanya. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ikrimah, bahawa para malaikat mengucapkan salam kepadanya dan memberitahu kepadanya bahawa dia termasuk golongan kanan.

4. Pendapat ini merupakan pendapat yang baik, dan pengertiannya sama dengan apa yang disebutkan di dalam firman-Nya:

ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ู‚ูŽุงู„ููˆุง ุฑูŽุจูู‘ู†ูŽุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ุงุณู’ุชูŽู‚ูŽุงู…ููˆุง ุชูŽุชูŽู†ุฒู„ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู ุงู„ู’ู…ูŽู„ุงุฆููƒูŽุฉู ุฃูŽู„ุง ุชูŽุฎูŽุงูููˆุง ูˆูŽู„ุง ุชูŽุญู’ุฒูŽู†ููˆุง ูˆูŽุฃูŽุจู’ุดูุฑููˆุง ุจูุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ุงู„ูŽู‘ุชููŠ ูƒูู†ู’ุชูู…ู’ ุชููˆุนูŽุฏููˆู†ูŽ. ู†ูŽุญู’ู†ู ุฃูŽูˆู’ู„ููŠูŽุงุคููƒูู…ู’ ูููŠ ุงู„ู’ุญูŽูŠูŽุงุฉู ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽูููŠ ุงู„ุขุฎูุฑูŽุฉู ูˆูŽู„ูŽูƒูู…ู’ ูููŠู‡ูŽุง ู…ูŽุง ุชูŽุดู’ุชูŽู‡ููŠ ุฃูŽู†ู’ููุณููƒูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽูƒูู…ู’ ูููŠู‡ูŽุง ู…ูŽุง ุชูŽุฏูŽู‘ุนููˆู†ูŽ. ู†ูุฒูู„ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุบูŽูููˆุฑู ุฑูŽุญููŠู…ู

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami ialah Allah, ” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.โ€ Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memยญperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Fushshilat: 30-32)

5. Imam Bukhari menyatakan bahawa ucapan “salamun laka” mengandungi doa untuk golongan kanan tersebut.

๐ŸŽ€ Pengajaran

1. Jadikan dunia tempat mengumpul amal kebaikan sebagai usaha agar tergolong dalam golongan kanan kerana hanya syurga nan indah yang dijanjikan kepada mereka. Jika kita tidak merebut peluang yang ada, dikhuatiri akan bertukar ke jalan kebinasaan (golongan kiri).

2. Terlalu banyak amal kebaikan yang boleh kita lakukan. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan kanan kelak. Surah Al-Balad juga ada memperincikan amalan golongan kanan ini. Antara amalan yang boleh dibuat:
i. Membebaskan hamba abdi
ii. Memberi makan kepada anak yatim, kerabat, faqir miskin dan orang-orang yang lapar.
iii. Berpesan-pesan dengan kesabaran.
iv. Berpesan-pesan dengan kasih sayang.

3. Ketakutan dengan berita tentang sakit dan ngerinya kematian akan berkurang sekiranya kita menghayati ayat motivasi tentang keadaan nazak golongan kanan ini. Malah memberi harapan dan motivasi untuk kita bangkit membuat yang terbaik di dunia ini dengan semangat pengabdian kita kepada Allah SWT.

4. Saat bergelumang dengan pesona dan hiburan duniawi sedarlah bahawa ia hanyalah sementara dan banyak yang menipu. Sesungguhnya seindah-indah hiburan adalah di penghujung nyawa kita apabila disambut dengan ucapan kesejahteraan penuh ketenangan dari malaikat yang mulia. Justeru itu berpada lah dalam berhibur dan elakkan daripada terjerumus kepada perkara yang haram. Carilah ketenangan dan kebahagiaan bersama Al-Quran dan alunan zikrullah.

๐Ÿ“š Rujukan:
Tafsir Ibnu Katsir
Tafsir fi Zilal al-Quran

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
2 Jun 2019 / 28 Ramadhan 1440