Home Rencana PAS Perak

Setiap manusia ada rezekinya | Dr Najihatussalehah Ahmad

631
SHARE
Setiap manusia ada rezekinya.
Luasnya rahmat Allah SWT kepada makhluk-Nya sehingga setiap kelahiran dan setiap ciptaan lahir bersama jaminan rezeki agar kita tidak perlu terlalu bimbang soal rezeki.
Menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan.
Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).
Dengan keyakinan semua rezeki ditetapkan Allah SWT, ia boleh menyelamatkan kita daripada kebimbangan.
Kisah Nabi musa yang dirakamkan dalam Al-Quran ,
Saat Nabi Musa a.s sampai di pinggir Negeri Madyan dan tersangat lapar :
فَسَقَى لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّى إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
“Maka Musa memberi minum ternak itu untuk (menolong) keduanya, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa; “Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”.” [Surah al-Qashash : 24]
Nabi Musa a.s pergi meninggalkan Mesir dengan beralas kaki. Ketika tiba di Madyan, kedua alas kakinya itu sudah tidak keharuan. Dia duduk di bawah naungan pohon, sedang kulit perutnya nyaris menyatu dengan punggung kerana tersangat laparnya. [Imam Ibnu Katsir – Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Qashash, ayat 24]
Nabi Musa a.s setelah membantu dua wnita yang hendak memberi minuman ternakan mereka lalu duduk berteduh dibawah pohon kayu lalu berdoa dengan doa di atas. Nabi Musa dengan penuh santun memohon kebaikan dari Tuhan Yang Maha Esa kerana dirinya ketika itu sangatlah lapar.
Selepas beberapa seketika , telah datang kembali wanita yang dibantunya tadi mengajak ke rumah atas undangan ayah mereka. Undangan disambut oleh Nabi Musa dengan gembira dan baginda telah tinggal bersama keluarga tersebut dan telah dikahwinkan salah seorang wanita tersebut dengan Nabi Musa.
Tinggallah baginda di Negeri Madyan untuk beberapa ketika sehingga selesai janjinya dan kembalilah Nabi Musa ke Negeri Mesir bersama isterinya.(ada dikisahkan dalam ayat2 seterusnya dari Surah Al-Qashash)
Begitulah kita sebagai hambaNya, sentiasalah memohon apa saja.
Sekalipun kita lapar, tiada wang untuk makan, mengadulah pada Allah. Mintalah padaNya. Pasti akan dimakbulkan. InshaaAllah.
Zaman kini, ramai anak muda yang gusar akan jodoh. Bimbang akan masa yang telah di aturkan oleh Allah.Banyakkan bersabar dan berdoalah. Mintalah pada Allah agar diberi jodoh yang

terbaik

, sesuai di saat yang tepat. Insha Allah.

Jom amalkan doa ini 😄