Home Berita PAS Selangor

Ayam dan ikan sejuk beku menjadi ‘rebutan’ – PAS Kawasan Sungai Besar

32
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Uwais Al-Qarni

Sungai Besar, 2 Oktober – Program Agihan Ayam dan Ikan Sejuk Beku Parlimen Sungai Besar diteruskan lagi petang ini yang bertempat di Markas Tarbiyah PAS Simpang 5.

Tempat agihan diserbu oleh penduduk setempat seawal jam 1.45 petang lagi. Penduduk setempat telah diberikan kupon dan hadir ke tempat agihan untuk diberikan ayam dan ikan sejuk beku untuk menjadi juadah mereka sekeluarga.

Ustaz Fadzin Taslimin dan YB Muslimin Yahaya sekali lagi turun dan menyantuni seluruh penerima sumbangan yang dikatakan lebih kurang 700 buah keluarga.

“Pembahagi jalan yang menjadi pemisah antara penduduk di kampung dan sawah menyebabkan kita buat 2 sesi iaitu pagi dan petang bagi kedua-dua bahagian dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar” ujar YB Muslimin.

Kampung yang terlibat bagi agihan petang ini ialah Kampung Parit 13 Sungai Nipah, Kampung Sungai Nipah, Kampung Simpang 5, Kampung Tali Air 14, Peket 60 dan beberapa kampung lagi yang terlibat.

Pihak penganjur menyediakan 700 lebih bungkusan untuk edaran kepada seluruh penduduk kampung yang terpilih untuk sesi petang.

Keterujaan penduduk dalam menerima sumbangan dan berpeluang berjumpa dengan pemimpin tempatan dimanfaatkan sebaiknya.

Turut hadir ialah Ustaz Ahmad Fauzan Naim bin Saibani, Ustazah Meseripah Sirat, pimpinan PAS dan BERSATU serta sukarelawan yang banyak membantu dalam proses agihan ayam dan ikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor