Home Berita PAS Selangor

Setiap kebaikan anak muda, pasti akan ada otai disebaliknya – Pengarah JAMN Selangor

12
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

“Setiap kebaikan anak muda, pasti akan ada otai di sebaliknya”.

‘Tak pernah dengar ayat ni kan’. Tapi dalam Jabatan Amal, ianya sudah menjadi sinonim dengan kerja amal. Apabila setiap kali bertugas, akan menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang senior dalam Jabatan Amal akan memberi tunjuk ajar dalam melakukan kerja melibatkan jentera dan kemahiran.

Terima kasih sahabat-sahabat Amal yang turun membantu penduduk terjejas akibat banjir semalam di Shah Alam, Kapar, Sepang dan terkini di Puchong.

Melihat ramai anak muda yang turun membantu. Jika tiada yang lama maka tak jadi juga kerjanya, kerana pengalaman dan kemahiran otai atau orang lama ini sangat berguna dan memudahkan lagi kerja kita sebenarnya.

“Yang lama dikelek, yang baharu didukung”.

Walaupun ilmu dan budaya kerja orang lama diamalkan, pendapat anak muda juga kita perlu raikan kerana jiwa anak muda ini segar namun perlu dibentuk oleh murabbi atau mereka yang lebih senior agar menjadi lebih baik dan sempurna.

Teruskan berkhidmat untuk kemanusiaan. Semoga Allah lapangkan dada kita menerima segala ilmu yang bermenafaat, demi kelangsungan hidup dan perjuangan.

28 September 2021 | 21 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor