Home Berita PAS Selangor

Misi cuci rumah mangsa banjir – PAS Kawasan Sepang

27
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sepang

Oleh : Umar Al-Hayawi

SEPANG, 28 September – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sepang, semalam telah menjalankan misi mencuci rumah mangsa banjir di Kampung Lalang, Dengkil.

Misi tersebut dilaporkan selesai kira-kira hampir jam 7 petang semalam.

Dikhabarkan bahawa, tuan rumah kelihatan sangat gembira kerana rumah mereka sudah bersih tetapi disebalik wajah kegembiraan itu ada juga tersemat rasa kesedihan dan kekesalan.

Menurut JAMK Sepang, tuan rumah tersebut sedih disebabkan telah 8 kali banjir melanda namun, tiada apa-apa tindakan yang berkesan setakat ini, yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Kami hanya dapat membantu penduduk kampung sekadar kemampuan kami”, jelas JAMK Sepang.

May be an image of indoor

“Semoga pihak atasan dapat membantu menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin”, sambung mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor