“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 10 November – PASTI Kawasan Gombak semalam, telah mengadakan sesi libat urus antara barisan kepimpinan baharu mereka dengan para pimpinan Dewan Pemuda PAS Gombak.
Menurut PASTI Gombak, program turut dihadiri Pengurus-Pengurus PASTI untuk berkongsi cadangan dan idea penambahbaikan operasi PASTI Kawasan Gombak.
“Tahun 2021 merekodkan sejumlah 34 PASTI berdaftar, dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 143 orang dan bilangan pelajar keseluruhan seramai 2161 orang”, jelas PASTI Gombak.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor