Home Berita PAS Selangor

Zairah kebajikan muslimat, santuni golongan muallaf – DMPK Kota Raja

88
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KLANG, 10 November – Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Kota Raja menerusi Ketua Lajnah Kebajikan DMPK Kota Raja, Puan Sharifah Salleh diiringi Puan Suzela Mohd Sani, Ketua DMPK Kota Raja telah turun menyantuni dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada Puan Fatimah (Muallaf) di Golden Villa, Klang.

Menurut Muslimat PAS Kota Raja, sumbangan yang telah diberikan adalah berbentuk wang ringgit bagi memudahkan pembiayaan sewa rumah, bil air dan elektrik yang tertunggak serta sedikit sumbangan barangan dapur.

Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dipikul mereka dalam meneruskan lagi kehidupan di musim pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor