Home Berita PAS Selangor

Waqaf Telaga Syabab Care Malaysia sampai ke bumi Sekotong, Indonesia – DPPNS

50
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SEKOTONG, 10 November – Waqaf Telaga Syabab Care Malaysia di Sekotong, Lombok Barat, Indonesia telah berjaya disiapkan. Projek waqaf tersebut adalah dengan kerjasama Syabab Care Indonesia, wakil mereka di sana.

Menurut Muhammad Fadzli Abu Bakar sekalu penggerak utama Syabab Care Malaysia, telaga waqaf ini adalah hasil sumbangan daripada para pewaqaf dari Malaysia. Terima kasih banyak pihak Syabab Care Malaysia ucapkan kepada seluruh pewaqaf yang berwaqaf bersama mereka.

“Kami telah tunaikan amanah kalian untuk kegunaan para penduduk di Lombok”, katanya.

“Mereka amat memerlukan sumber air bersih untuk kegunaan seharian mereka di sana”, katanya lagi.

Sesungguhnya pahala kepada para pewaqaf tetap mengalir selagi mana air telaga ini digunakan walaupun pewaqaf telah meninggal dunia. “Saham akhirat kita”. Sesiapa yang ingin berwaqaf bersama Syabab Care Malaysia, boleh hubungi kami di talian 016-2259002 (Fadzli).

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor