Home Rencana PAS Selangor

Seruan sedekah Jumaat – PASTI Sungai Besar

154
SHARE

May be an image of 1 person and text

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Jom ambil peluang di hari Jumaat yang mulia ini untuk beramal soleh dengan bersedekah. Hari Jumaat yang juga dinamakan ‘Sayyidul Ayyam’ penghulu segala hari. Banyak kelebihan bersedekah pada hari Jumaat.

Keterangan as-Syarbini, ulama Syafiiyah – (w. 977 H)

Dalam kitabnya al-Iqna fi Halli Alfadz Abi Syuja’, beliau menjelaskan tentang hari jumaat. Beliau menyatakan tentang sedekah hari jumat,

ويسن كثرة الصدقة وفعل الخير في يومها وليلتها، ويكثر من الصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم في يومها وليلتها لخبر: إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة، فأكثروا علي من الصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي

Dianjurkan memperbanyak sedekah dan beramal soleh di hari jumaat atau malam jumaat. Memperbanyak selawat untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di malam atau siang hari jumaat. Berdasarkan hadis: “Sesungguhnya hari yang paling afdhal adalah hari jumaat. Kerana itu, perbanyaklah membaca selawat untukku. Kerana selawat kalian diperlihat kepadaku.” (al-Iqna’, 1/170)

PASTI Kawasan Sungai Besar menawarkan anda semua untuk bersedekah pada hari Jumaat. Sumbangan anda semua akan dimanfaatkan untuk pendidikan dan kebajikan kepada tenaga pengajar PASTI Kawasan Sungai Besar.

Bagaimana untuk menyumbang?

Sumbang sebanyak RM10 sebulan secara bulanan
ATAU
Sumbang RM120 sekaligus secara tahunan.

Salurkan sumbangan anda ke akaun :-

Bank : Bank Rakyat
No. akaun : 2202257263
Akaun : PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN
SUNGAI BESAR

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor