Home Rencana PAS Selangor

Kebajikan yang tiada putus dan lelah – PAS Kawasan Hulu Langat

5
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

PAS Kawasan Hulu Langat tidak pernah lelah malah makin cekal dalam melaksanakan misi kebajikan terhadap penduduk tempatan sekitar kawasan Hulu Langat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

PAS Kawasan Hulu Langat turun mengedarkan bantuan untuk rakyat tempatan yang memerlukan disamping leka berseronok dengan permainan duniawi.

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

(Surah al-Baqarah: 271)

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dibuat dapat dipulangkan dengan ganjaran kegembiraan para penerima dan juga semoga sumbangan dan pemberian yang diberi, memperoleh manfaat kepada penerima.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor