Home Berita PAS Selangor

KM Klang dan DMPK Klang santuni ‘frontliners’ – PAS Kawasan Klang

10
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG | Pada hari jumaat yang penuh berkah ini, Khidmat Malaysia Klang dengan kerjasama Muslimat PAS Kawasan Klang dan PAS Cawangan telah berkunjung ke Klinik Kesihatan Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Menurut Penyelaras Khidmat Malaysia Klang Ustaz Khalid Nayan, dengan penyerahan makanan siap masak (makanan tengahari) makanan ringan, air mineral dan minuman berkotak sebagai tanda sokongan kami kepada petugas di barisan hadapan yang bertugas di sini. Turut hadir, Puan Wani dan Puan Sabariah, ahli jawatankuasa Muslimat PAS Kawasan Klang dan Encik Ahmad Nizam selaku Ketua Cawangan PAS Pulau Indah.

Sebelum ini, Khidmat Malaysia Klang dan beberapa NGO lain ada raikan petugas-petugas barisan hadapan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Program santuni ‘frontliners’ di Klinik Kesihatan Pulau Indah ini berakhir sekitar 11.45 pagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor