Home Artikel PAS Melaka

Seruan PAS kepada perpaduan, sebelum Merdeka lagi

30 views
SHARE

Oleh : KAUTSAR ALI

AYER KEROH : Tema ucapan dasar ‘Islam Memimpin Perpaduan’ oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada Muktamar PAS Pusat baru-baru ini merupakan kesinambungan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang menjadi panduan dan solusi bagi menyelesaikan masalah negara.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata sebelum merdeka lagi, PAS menyeru kepada perpaduan masyarakat dalam negara ini. PAS pernah dijemput dalam Konvensyen dan Kongres Perpaduan yang dianjurkan oleh Almarhum Dato’ Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman.

“PAS juga pernah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya RAID dalam soal meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam negara Malaysia.

“Baru-baru ini, PAS dijemput hadir dalam Kongres Maruah Melayu, di Stadium Melawati, Shah Alam. Ini kerana, PAS mendahulukan perpaduan, prinsip dan kedamaian masyarakat Melayu Islam seperti di zaman Rasullulah SAW memulakan perpaduan dalam kalangan umat Islam iaitu mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.” jelas beliau.

“Pembentukan kerajaan dalam Malaysia kena ada syarat iaitu mesti didominasi oleh Islam dan Melayu, berbanding dengan Pakatan Harapan (PH) didominasikan oleh orang bukan Islam. Begitu juga, Sabah dan Sarawak mesti ada kedudukan yang penting. Dan PAS, tidak mengetepikan hak-hak orang bukan Islam.” tambah beliau.

Justeru, PAS meletakkan Islam sebagai tonggak utama perjuangan, Membudayakan Prinsip Politik Matang Sejahtera (BPMS), memperkenalkan prinsip politik Islam yang sempurna, berteraskan amar makruf nahi mungkar dalam usaha meneruskan kerja-kerja dakwah dalam peringkat parti lain termasuklah, UMNO, MIC dan MCA.

Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat Negeri Melaka, yang berlangsung D’Village Resort, Ayer Keroh, Melaka yang dianjurkan Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Negeri Melaka.