Home Artikel PAS Wilayah

Matlamat Sejagat Muafakat Nasional Dijelas PAS Batu

199
SHARE

October 14, 2019

BATU: PAS Kawasan dan Umno Bahagian bagi Parlimen Batu telah menganjurkan Ceramah Penyatuan Ummah yang diadakan di Dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini kelmarin.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya dalam ucapannya berkata, agenda Penyatuan Ummah dibawa PAS dan Umno mempunyai matlamat sehingga kepada kepentingan sejagat.

Terdahulu terangnya, agenda yang berlandas ayat 2 surah al-Maidah ini merintis usaha Muafakat Nasional untuk rakyat semua kaum dan agama ke arah kebaikan dan memimpin kepada ketakwaan.

Bahkan perkara tersebut dijelaskan lagi oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan, PAS merai dan terbuka berkawan dengan mana-mana pihak asalkan tidak menghalang usaha PAS berkaitan Islam.

Sebelum itu Setiausaha Umno Batu, Ghulam Muzaffar mengukuhkan penerangan sama apabila menekankan tuntutan Muafakat Nasional bukan untuk PAS dan Umno atau orang Melayu dan Islam sahaja.

Sebaliknya seru beliau, ia memerlukan penglibatan dan kesatuan rakyat kaum Cina dan India di negara ini termasuk di Parlimen Batu yang merupakan terdiri daripada 50 peratus populasi penduduk.

Manakala Ketua Umno Batu, Senator Dato’ Yahya Mat Ghani memaklumkan bahawa Umno dan PAS Batu akan merealisasikan agenda Muafakat Nasional itu dengan Himpunan Rakyat Parlimen Batu.

Katanya, himpunan tersebut bakal melibatkan seluruh masyarakat dalam Parlimen Batu ke arah kebersamaan mendukung cita-cita sebagaimana Piagam Muafakat Nasional yang termeterai.

.