Home Kenyataan Media PAS Perlis

Seruan gerakkan derma jihad Palestin

565
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
SERUAN GERAKKAN DERMA JIHAD PALESTIN

1. Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) mengecam pembantaian ke atas orang awam yang sedang berlaku di Palestin pada ketika ini.

2. Kekejaman rejim Israel, meskipun cuba ditutup oleh media-media antarabangsa telah menambah satu lagi episod penderitaan rakyat Palestin yang selama ini hidup terpaksa tertindas dan terkepung di tanah air sendiri.

3. Ratusan nyawa yang tidak berdosa melayang manakala infrastruktur seperti kediaman, sekolah dan bangunan kerajaan mengalami kemusnahan.

4. Justeru, BPPNPs mengarahkan seluruh Dewan, Kawasan dan Cawangan PAS di negeri ini untuk menggerakkan kutipan derma jihad bagi membantu rakyat Palestin.

5. Sumbangan hendaklah salurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin PAS Perlis di akaun BIMB bernombor 090 100 100 47614 atas nama PAS Perhubungan Negeri Perlis. Semua sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada Bendahari BPPNPs di talian 019-454 6440 (Mohd Zulkefli Arof) manakala jumlah yang terkumpul nanti akan diserahkan kepada sekretariat #Aid4palestine.

6. BPPNPs turut menyeru seluruh umat Islam supaya terus-menerus berdoa agar kesengsaraan rakyat Palestin segera berakhir.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

MOHD SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis

15 Mei 2021 / 3 Syawal 1442H.