Home Artikel PAS Kedah

Kerajaan Kedah sumbang RM200 ribu untuk derma jihad Palestin

90
SHARE
Muhammad Sanusi dan delegasi PAS Relief semasa lawatan ke Semenanjung Gaza beberapa tahun yang lalu.

 

ALOR SETAR, 14 Mei – Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan Kerajaan Negeri akan menyumbangkan sebanyak RM200 ribu bagi meringankan kesengsaraan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman regim Zionis-Israel.

Bantuan akan disalurkan melalui tabung gabungan NGO Aid4palestine yang dilancarkan oleh Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Dalam perkembangan sama, PAS Negeri Kedah turut melancarkan derma jihad Palestin untuk disalurkan ke tabung Aid4Palestin, hari ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ustaz Haji Ahmad Yahaya dalam siaran medianya berkata, “Saya ingin mengarahkan supaya setiap PAS Kawasan melancarkan kutipan derma jihad yang sama , begitu juga Dewan-dewan di peringkat kawasan mestilah berganding bahu menjayakan hasrat murni tersebut.”

Tampil meyambut arahan tersebut ialah MB Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau yang juga Pesuruhjaya 1 PAS Kedah membuat sumbangan peribadi sebanyak RM10 ribu.

Turut membuat sumbangan yang sama ialah semua anggota Exco Kerajaan Negeri dan wakil rakyat Kedah daripada parti PAS.

PAS Kedah mensasarkan sumbangan sebanyak RM200 ribu dalam tempoh terdekat untuk diserahkan kepada rakyat Palestin yang makin parah dizalimi.

Sesiapa yang ingin menyumbang melalui PAS kedah boleh berbuat demikian melalui pindahan wang secara online ke akaun Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK 552170001133 (Maybank)