Home Berita PAS Wilayah

Forum Islam Itu Indah Tarik Perhatian Penduduk Lembah Pantai

911
SHARE

Forum Perdana Islam anjuran Surau al-Falah Pantai Sentral Park telah berlangsung dengan jayanya pada 5 November 2017 (Ahad) dengan tajuk “Islam itu Indah.

Forum menampilkan tokoh masyarakat Lembah Pantai LAr Tuan Haji Fauzi Bin Abu Bakar, Dr. Azahar Yaakub dan Ustazah Norhafizah Musa.

Kira-kira 400 peserta yang hadir bersama memeriahkan majlis dan mengambil manfaat dari ilmu yang disampaikan melalui forum yang berlangsung.

Majlis turut diserikan dengan selawat dan majlis tahniq buat adik Mohd Aisy Ariqin Mohd Ariff dan jamuan aqiqah.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dalam majlis ilmu dan sumbangan yang diberikan menjadi jariah dan amal soleh yang diterima Allah.