Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Serahan Sumbangan Mangsa Banjir di Kedah

959
SHARE

KEDAH, 9 Jun 2018 : Negeri Kedah sekali lagi di uji dengan bencana banjir, kali ini ianya berlaku di awal bulan Ramadhan baru-baru ini . Dilaporkan, terdapat rumah mangsa yang mengalami kerosakan teruk apabila air melimpah masuk ke dalam rumah mereka.

Justeru, atas rasa keprihatinan dan cakna, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) dengan serta merta telah melancarkan tabung sumbangan bagi membantu mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Alhamdulillah, sumbangan dari para dermawan sangat memberangsangkan dalam masa yang agak singkat. Di dalam Majlis Jelajah Harian DMPM baru-baru ini di Kedah, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah menyerahkan wang hasil kutipan sumbangan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali.

Turut hadir dalam perjumpaan dan penyerahan wang sumbangan tersebut ialah Dr. Rosni Adam, Timbalan Ketua DMPM, Puan Norhafizah Fadzil, Penolong Setiausaha 1 DMPM dan Puan Zulinda, ahli jawatankuasa LKK DMPM.

Sehubungan dengan itu, dengan wang sumbangan tersebut, YB Dato’ Siti Ustazah Ashah dengan bantuan barisan ahli jawatankuasa (AJK) LKK DMPNK dengan kerjasama AJK LKK DMPK Padang Serai telah menjalankan amanah sebaiknya dengan mengagihkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat di sekitar Kampung Baru Sungai Kob.

Sebanyak 80 buah rumah yang dilanda banjir lumpur itu, telahpun diziarahi dan menerima sumbangan tersebut. Rata-rata penduduk yang telah diziarahi meluahkan rasa terharu dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang dan juga tindakan pantas daripada pihak PAS yang prihatin terhadap masalah yang mereka hadapi.