Home Berita PAS Kedah

Separuh elaun ADUN bukit lada diserah pada PKOB pokok sena

351
SHARE

Oleh M Saufi Arm

POKOK SENA, 4 Jun 2021: Sebanyak 50 peratus elaun Ahli Dewan Undangan Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood di sumbangkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Pokok Sena.

Sumbangan itu diserahkan secara tunai kepada Penolong Pegawai Daerah ( Pendaftaran & Hasil ) Pejabat Tanah Pokok Sena, Wan Aidil Anwar Wan Azlan selaku wakil petugas PKOB Pokok Sena.

Ustaz Salim berkata, beliau memberikan wang secara tunai untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan memandangkan barang keperluan telah disediakan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, 20 peratus dari elaun ADUN pula disumbangkan kepada Tabung Bencana COVID19 PAS Pusat selepas pelancaran oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ustaz Ahmad Yahya baru-baru ini.

Pelancaran itu,
sempena Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) 3.0 seluruh negara a yang berkuatkuasa 1 Jun sehingga 14 Jun.