Home Berita PAS Selangor

Agihan bantuan diteruskan – PAS Kawasan Tanjong Karang

10
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong
Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Tanjong Karang | Fenomena Covid-19, telah mengubah segala norma dan kebiasaan kita bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia. Ramai rakyat kini amat terjejas dengan peningkatan kes harian Covid-19. Kerajaan terpaksa menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak Covid ini, meskipun memberi kesan kepada segelintir masyarakat.

Namun, dengan hadirnya pelbagai pertubuhan kebajikan mahupun daripada NGO-NGO, parti politik dan juga individu perseorang, nasib mereka ini terus menerus dibela. Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang telah mengagihkan bantuan di sekitar DUN Sungai Burong. Bantuan telah diberikan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan dan juga diberi kepada orang sakit. Tidak ketinggalan juga kepada ibu tunggal yang memerlukan.

PAS Kawasan Tanjong Karang memesan, sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang dalam kesusahan boleh maklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang. Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan Pusat Khidmat PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
No. akaun : 12083010021604

Akuan : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG

Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang di talian : 0124867303

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor