Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Senator Ustazah Nuridah Angkat Agenda Kebajikan OKU dalam Dewan Negara

358 views
SHARE

BANGI : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) yang juga ahli Dewan Negara, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bertekad untuk mengangkat isu kebajikan OKU dalam sesi Ucaptama Program Jelajah Dhuha Prihatin OKU peringkat Zon Tengah, 14 April.

Beliau sebak terharu atas penganjuran program tersebut kerana beliau juga mempunyai seorang anak OKU yang sekarang telah berusia 31 tahun.

“Ustazah sangat menghargai seluruh jawatankuasa dan semua yang hadir, insyaAllah dalam Sidang Dewan Negara yang akan bermula pada 22 April depan, Ustazah akan membawa isu kebajikan OKU”, tegasnya.

Dalam ucapannya, Ustazah Nuridah mengingatkan para hadirin untuk meletakkan taqwa sebagai sasaran utama dalam kehidupan serta menanamkan rasa keprihatinan kepada warga OKU yang serba kekurangan.