Home Artikel PAS Wilayah

Pemuda PAS Wangsa Maju Terima Kunjungan Isma Gombak

109 views
SHARE

PEMUDA PAS WANGSA MAJU TERIMA KUNJUNGAN ISMA GOMBAK
oleh : Hakim Al-Hashimi

Wangsa Maju, 11 April 2019 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju terima baik kunjungan mahabbah daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Gombak di Markas Tarbiyah PAS Kawasan Wangsa Maju.

Ianya bertujuan untuk meneruskan langkah dalam meluas dan mengukuhkan hubungan bersama pelbagai pihak dalam usaha menjalin kebersamaan terutama berkaitan ummah dan kepentingan Islam.

Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi menjelaskan, peranan itu dalam usaha meninggikan optimistik dan kesedaran ramai pihak berhubung isu umat Islam sejagat merentasi sempadan fahaman politik.

Tambah beliau, “Pertemuan kali ini diharap dapat mengeratkan hubungan dua hala disamping mengenal antara satu sama lain serta berkongsi pandangan berkaitan isu sejagat umat Islam amnya.”

Turut hadir bersama dalam pertemuan itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani, Ketua Lajnah Hubungan NGO Ahmad Zulhelmi dan beberapa pimpinan lain daripada PAS Kawasan serta pemuda.

Semoga pertemuan ini, titik permulaan untuk umat Islam bersatu dalam memperjuangkan agama Islam yang syumul.