Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan rasa dukacita terhadap insiden kemalangan yang melibatkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dengan sebuah lagi tren berdekatan stesen LRT KLCC pada malam 24 Mei 2021.
Dilaporkan kemalangan yang menyebabkan seramai 47 penumpang parah dan 166 cedera itu berlaku akibat kegagalan komunikasi, dan siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti punca sebenar pelanggaran.
PAS berharap agar tindakan segera diambil oleh semua pihak yang terlibat, supaya kes ini dapat diselesaikan dan mangsa yang terlibat juga mendapat pembelaan yang sewajarnya.
PAS mendoakan agar mangsa yang terlibat diberikan kesembuhan dan kembali pulih daripada trauma akibat kemalangan.
#MalaysiaPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#PerpaduanNegara