Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Semoga Berjaya Buat Anak-anak yang Menduduki Peperiksaan UPSR

3289
SHARE

Semoga Berjaya Buat Anak-anak yang Menduduki Peperiksaan UPSR

Hari Isnin 24 September merupakan hari pertama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal berlangsung sehingga hari Khamis, 27 September.

Kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, kami seluruh Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan “Semoga Berjaya” dan “Selamat Menjawab”.

Semoga anak-anak diberikan ketenangan dan kemudahan dalam menjawab soalan serta dikurniakan kesihatan yang baik untuk hadir ke dewan peperiksaan.

Di kesempatan ini, kami ingin berpesan agar anak-anak mengadakan Solat Hajat sebelum masuk ke dewan peperiksaan, banyakkan zikir “hasbunallah wa ni’mal wakil ni’mal maula wa ni’man nasir” serta berdoa, semoga pertolongan Allah S.W.T bersama kalian.

Kepada ibu bapa atau penjaga, lakukan perkara yang sama kerana doa kita menjadi penguat dan pendorong kepada mereka. Berikan kata-kata perangsang dan motivasi buat anak-anak sebelum mereka melangkah keluar ke rumah.

Sekali lagi kami mengucapkan “Semoga Berjaya” buat semua, “bittaufiq wan najah” in sya Allah.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua

Dewan Muslimat PAS Malaysia
23 September 2018 bersamaan 13 Muharram 1440