Home Kenyataan Media Presiden PAS

PAS Kecam Serangan Di Iran

131 views
SHARE

Kenyataan Media Presiden PAS

PAS KECAM SERANGAN DI IRAN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam serangan semasa perbarisan tentera di Dataran Quds, Ahvaz sehingga mengorbankan dan mencederakan orang ramai termasuk anggota elit Pengawal Revolusi, wartawan, wanita dan kanak-kanak.

PAS mengucapkan takziah kepada kerajaan Iran dan rakyat yang terlibat dalam tragedi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka yang terkorban dan diberikan kesembuhan bagi mereka yang tercedera.

Sewajarnya dunia Islam mengecam Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya yang menjadi dalang di sebalik serangan ini, kerana telah mengorbankan rakyat awam dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 14 Muharam 1440 / 24 September 2018

………………………………………………

PAS President Media Statement

PAS CONDEMNS THE ATTACK IN IRAN

Islamic Party of Malaysia (PAS) condemns the attack during a military parade at the Quds Square, Ahvaz that has resulted in deaths and injuries involving members of the Revolution Guard, reporters, women and children.

PAS conveys its condolence to the government and people of Iran for this tragedy. May Allah bless those who have been killed and healed those who are wounded.

The Muslim world should strongly condemn the US and her allies for perpetrating this attack that has taken many civilian lives and is very much against the true teaching of Islam.

“Forefronting Islam”

ABDUL HADI AWANG
PAS President

Dated: 14th Muharam 1440 / 24th September 2018