Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Semoga Ashraf Hasan ditemui Selamat

4294
SHARE

Semoga Ashraf Hasan ditemui Selamat

Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan rasa dukacita atas kehilangan Mohamad Ashraf Hasan ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung Sabtu lalu (Link berita : di sini)

Sehingga hari ini Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih berusaha mencari jejak Ashraf selain membabitkan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga menggunakan khidmat unit pengesan anjing bomba dan pasukan khas.

Usaha pencarian telah memasuki hari ke-6, justeru kami Muslimat PAS memohon semua pihak agar mendoakan keselamatan Ashraf hingga saat dia ditemui nanti.

Kepada pihak yang bertanggungjawab dalam operasi pencarian ini, semoga diberikan kekuatan dan hikmah kebijaksanaan dalam melaksanakan misi ini. Segala kebaikan dan komitmen kalian hanya Allah SWT yang berhak membalasnya.

Buat ibu, isteri, anak dan seluruh ahli keluarga Ashraf, mudah-mudahan berkat sabar dan yakin kalian, Allah SWT akan kembalikan Ashraf dalam keadaan selamat dengan izin-Nya.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
29 Mac 2019 bersamaan 22 Rejab 1440