Home Berita PAS Sabah

Seminar Pengurusan Harta Menarik Minat Masyarakat Terhadap Isu Faraid.

793
SHARE

Oleh: Liyana Dahon
8 Mac 2020

KINABATANGAN : Program Seminar Pengurusan Harta Siri Kedua dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan telah berlangsung di Dewan Legacy, Kg. Warisan, Kota Kinabatangan, semalam.

Penganjuran seminar ini adalah kesinambungan dari program siri pertama yang telah dianjurkan pada dua tahun lepas selain turut menjadi medium penerangan berkait dengan isu yang tular berlaku dalam negara kita baru-baru ini.

Seminar ini menyentuh mengenai ilmu yang sangat penting dan bermanfaat iaitu Faraid, Hibah Dan Wasiat dalam kehidupan seorang muslim.

Penyampainya Syamsul Rizal Zulfatmi, Perunding Profesional Mawarith Wasiyyah shopee berkata, ramai yang kurang cakna dengan ilmu pengurusan harta semasa hidup dan kurang pengetahuan mengenainya.

“Melalui seminar begini kita dapat membetulkan salah tanggapan masyarakat awam terhadap kepentingan dan cara pengurusan harta semasa hidup dan persediaan awal sebelum meninggal dunia.” tambahnya.

Penyampaian yang santai membuatkan peserta yang hadir mendengar dengan penuh minat dan mudah memahami ilmu yang disampaikan tanpa rasa jemu.