Home Berita PAS Sabah

Setitis Darah Pengubah Hidup

1289
SHARE

Oleh : Sitti Saidah Binti Osman
8 Mac 2020

KENINGAU : Briged Muslimat PAS Keningau bersama Pasukan Pengakap Kelana A Keningau dengan bantuan Unit Transfusi Darah Hospital Keningau telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah di Keningau Mall, Keningau di sini hari ini.

Seramai lebih daripada 30 penderma telah menderma darah bagi membantu pesakit yang kekurangan darah di Hospital Keningau.

Kempen bermula dengan pendaftaran seawal jam 9 pagi. Para penderma diminta mengisi borang dan seterusnya membuat ujian saringan kesihatan bagi memastikan penderma layak untuk menderma darah.

Antara objektif kempen ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa.

Di samping itu, ia bertujuan menangani masalah kekurangan darah dalam tabung darah di hospital kerajaan.

Pada akhir majlis, sijil penghargaan untuk Unit Transfusi Darah dan Pasukan Pengakap Kelana A disampaikan oleh Bibilyn Naruddin, Timbalan Ketua Briged Muslimat PAS Keningau. Kempen derma darah berakhir pada jam 2 petang.