Home Berita PAS Sabah

Ziarah Mangsa Kebakaran Bapa Tunggal Korban 3 Ahli Keluarga.

893
SHARE

Oleh : Laila Ismail.
7 Mac 2020

BATU SAPI. Semalam Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Batu Sapi turun menziarahi Sulaiman yang merupakan bapa tunggal 3 beranak rentung dalam kejadian kebakaran, Kampung Sing Kee Laut, Tanah Merah.

Beliau yang kehilangan anak perempuan beserta 2 orang cucunya akibat tragedi kebakaran pada 21hb Februari lepas kini menumpang rumah keluarganya di Kampung Sundang Laut untuk meneruskan kehidupan.

Norsah Bongsu, Ketua Dewan Muslimat Negeri Sabah merangkap Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa kebakaran Kampung Sing Kee Laut terutamanya Sulaiman sekeluarga atas kejadian yang menimpa mereka.

Bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Aiman, AJK PAS Batu Sapi mendoakan kesejahteraan keluarga Sulaiman dan semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran. Sedikit sumbangan wang ringgit serta beras, hasil sumbangan orang ramai turut diberikan bagi meringankan perbelanjaan Sulaiman.

Ziarah yang berakhir pukul 5.30 petang kemarin dihadiri oleh Nur Izzati Yusof, Ketua LKK PKBS, serta AJK PAS Kawasan Batu Sapi.