Home Berita PAS Johor

‘Seminar Pengucapan Awam Dan Rahsia Ucapan Berpengaruh’ Memupuk Keyakinan Diri.

1575
SHARE

Simpang Renggam– Lajnah Penerangan Dan Hubungan Media , Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah menganjurkan ‘Seminar Pengucapan Awam’ dan ‘Rahsia Ucapan Berpengaruh’ pada 17 Februari 2018 , Sabtu yang lalu bertempat di Markaz Simpang Renggam, Johor .

Seminar ini bertujuan melatih dan memupuk keyakinan diri yang tinggi untuk menyampaikan ucapan atau ceramah kelompok. Selain daripada itu ianya bertujuan melatih para muslimat mempelajari teknik pengucapan awam yang berkesan mengikut protokol pengucapan awam yang betul.

Menampilkan Muhammad Hezry Bin Md.Yasin, seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pengucapan awam, seramai 50 orang peserta muslimat Johor dilatih agar berani berucap di khalayak ramai dengan intonasi suara yang betul dan yakin ketika menyampaikan ucapan.

Fatimah Binti Ismail, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah menyempurnakan majlis perasmian dan berharap program ini dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi pelapis
yang mahir dalam bidang pengucapan awam dan dapat melahirkan barisan penceramah muslimat di Johor.

Di penghujung majlis , Hjh. Atiah Ahmad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah hadir dalam majlis penutup untuk menyampaikan simbolik penyerahan kain rentang kepada 4 orang wakil muslimat yang diberi takhlifan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat di kawasan masing-masing.

Semua peserta cukup teruja dan bersemangat apabila tiba ke slot praktikal di mana para muslimat dicungkil bakat untuk berucap di khalayak ramai. Suasana cukup ceria dengan aksi pelbagai dan ramai peserta berharap akan ada program lanjutan siri ke-2 yang dianjurkan oleh LHPM pada masa akan datang untuk memantapkan lagi kemahiran yang dipelajari.

Normala Sudirman selaku Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor berharap semoga segala mutiara ilmu dan perkongsian pengalaman yang dipelajari, dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan ke gelanggang masyarakat untuk berbakti kepada ummah demi meninggikan ‘izzah kemuliaan Islam.

Hezry Yasin menyampaikan perkongsian kepada peserta muslimat yang merupakan Ketua Penerangan dan pimpinan di kawasan masing-masing .
Kemahiran menyampaikan ucapan di khalayak ramai dengan memiliki keyakinan diri yang tinggi dikongsikan dalam slot ‘Rahsia Ucapan Berpengaruh’ oleh Hezry Yasin.
Fatimah Ismail,Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah menyempurnakan majlis perasmian program. Beliau turut berkongsi beberapa tip pengucapan awam.
Hezry Yasin menyampaikan mutiara ilmu dengan penuh ceria berkaitan bidang Pengucapan Awam
Antara aksi peserta muslimat dalam siri praktikal.
Para peserta juga dilatih untuk memastikan kedudukan mikrofon bersesuaian dan intonasi suara dikeluarkan mengikut tatacara yang betul.
Sebahagian peserta muslimat sempat mengabadikan kenangan bersama penceramah seusai program berakhir.
Hjh.Atiah Ahmad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah hadir dalam majlis penutup untuk menyampaikan simbolik penyerahan kain rentang kepada Normala Sudirman , salah seorang dari 4 orang peserta pengucapan awam merangkap pimpinan muslimat yang diberi takhlifan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat di kawasan masing-masing .