Home Artikel PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah sambut baik usaha bantu 600,000 penganggur

794
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
7 Jun 2020 | Ahad

PEMUDA PAS KEDAH SAMBUT BAIK USAHA BANTU 600,000 PENGANGGUR

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bersyukur dengan keprihatinan Perdana Menteri terhadap rakyat dalam keadaan status pertumbuhan ekonomi dunia yang menguncup secara keseluruhan iaitu pada kadar negatif 3 peratus. Selepas fasa meratakan lekuk COVID19, Malaysia memasuki fasa pemulihan bagi meransang semula ekonomi domestik dan menyelamatkan poket rakyat.

Sebagai jurubicara belia dan anak muda semestinya hal dan perihal pekerjaan, pengangguran, kebajikan belia menjadi keutamaan dan fokus kami.

Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan PN melalui suntikan Pakej rangsangan tambahan ekonomi, dengan sasaran bagi menyelamatkan 2.4 juta pekerjaan.

Walaupun berlaku peningkatan dalam kadar pengangguran disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan sebelum ini , yang meningkatkan kadar pengangguran di Malaysia pada paras 3.9 peratus atau sekitar 610,000 orang pada bulan Mac 2020 namun jumlah bilangan keseluruhan tenaga buruh meningkat kepada 1.6 peratus atau 15.24 juta orang pada suku pertama 2020.

Ini menunjukkan ada perubahan pola ekonomi rakyat yang menerbitkan ruang pekerjaan baru yang diisi oleh rakyat seperti bidang e-dagang, e-servis, pos dan sebagainya.

Kami mengalu-alukan usaha kerajaan memperkenalkan insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan golongan belia dengan memberi manfaat kepada 300 ribu pencari kerja baharu atau yang kehilangan pekerjaaan dalam fasa COVID 19.

Kami juga mencadangkan agar kerajaan melibatkan agensi belia dan sayap belia setiap parti politik kerajaan untuk bersama dengan pasukan petugas pengambilan pekerjaan nasional yang dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia agar suara belia dapat menghasilkan strategi membantu penganggur dengan lebih baik.

Yang Benar,

USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah