Home Kenyataan Media PAS Kedah

Sembah Tahniah sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Kedah yang ke-79

205
SHARE

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

PATIK dan seluruh ahli PAS Negeri Kedah merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-79.

Sesungguhnya patik dan ahli-ahli PAS menjunjung tinggi kedudukan tuanku sebagai Payung Negeri. Patik sekalian berdiri teguh di belakang tuanku dalam memelihara dan mempertahankan kedaulatan Islam, hak-hak istimewa orang Melayu serta keharmonian rakyat jelata berbilang bangsa dan agama.

Patik berdoa ke hadrat Ilahi, semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam rahmat dan maghrifah Allah S.W.T.

Daulat Tuanku!

YB Senator Haji Ahmad Yahaya
Pesuruhjaya PAS Kedah

20 Jun 2021 bersamaan 9 Zulkaedah 1442H